Soalan Lazim (FAQ)

Selamat datang ke soalan lazim rumah mampu milik! Di laman ini, anda boleh melayari soalan lazim berkaitan dengan Rumah Selangorku dan Rumawip yang sering ditanya oleh orang ramai. Jika anda mempunyai soalan yang tidak ternyata dalam sini, sila mengemukakan soalan melalui emel atau telefon kami dan kami akan menjawab secepat mungkin.

Rumah Selangorku

1. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon Rumah Selangorku?

  • ⁠Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3,001.00 sebulan.
  • Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000.00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan sehingga RM10,000.00 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D.
  • Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan.
  • Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C,atau D semasa membuat permohonan.
  • ⁠Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
  • ⁠Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.

2. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon komersial (Pangsapuri Perkhidmatan/SOHO/SOVO/SOFO mampu milik)?

  • ⁠Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas.
  • Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3,001.00 sebulan.
  • Pendapatan isi rumah hingga RM15,000 sebulan namun keutamaan kepada pemohon RM 10,000.00 sebulan mengikut pilihan pemohon.
  • Pemohon tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman komersial (Pangsapuri Perkhidmatan dan SOHO) / boutique office (SOVO/ SOFO atau SOLO) dan bukan berdasarkan pemilikan kediaman perumahan.
  • ⁠Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Penyerahan Kunci (V.P) dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon semula.

3. Berapakah harga rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan (Pangsapuri Perkhidmatan/SOHO/SOVO/SOFO mampu milik)?

Harga rumah adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit tertakluk kepada jenis rumah, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Manakala untuk komersial (pangsapuri perkhidmatan/SOHO/SOVO/SOFO mampu milik) bermula pada harga RM 230,000 seunit sehingga RM 270,000 seunit.

4. Berapa lamakah permohonan saya untuk ditawarkan Rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan setelah berstatus masih dalam ‘SENARAI MENUNGGU’?

Selepas tempoh 2 bulan masih tiada keputusan tawaran maka pendaftaran permohonan baru perlu dibuat semula. Walau bagaimanapun, pemohon boleh menukar lokasi projek permohonan sekiranya merasakan permohonan tersebut telah lama atau tidak berminat lagi.

5. ⁠Apakah permohonan saya akan dipertimbangkan sekiranya saya telah memiliki/pembelian kediaman rumah di luar Selangor?

Setelah pemohon yang dikategorikan ‘’TAWARAN BERSYARAT’’ adalah wajib untuk mengemukakan Salinan Perjanjian Jual-Beli berserta cukai tanah atau cukai pintu sebagai bukti pemilikan kediaman tersebut di luar Selangor. Bagi status permohonan dalam ‘SENARAI MENUNGGU’ tidak perlu dikemukakan dalam proses permohonan pendaftaran ini lagi.

6. Adakah permohonan saya disenarai hitam sekiranya saya menolak tawaran Rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan yang ditawarkan?

Pemohon yang menolak tawaran akan menyebabkan nama pemohon disenarai hitamkan dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan selama tempoh 2 tahun.

Rumawip

1. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon Rumawip?

  • ⁠⁠Pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat.
  • ⁠Pendapatan kasar isi rumah bagi pemohon individu (bujang/tidak berkeluarga) hendaklah tidak lebih daripada RM10,000 sebulan manakala berkeluarga (suami dan isteri) tidak lebih daripada RM15,000 sebulan.
  • ⁠Pemohon mestilah dilahirkan atau bekerja atau bermastautin di Wilayah Persekutuan.
  • Satu permohonan sahaja bagi setiap isi rumah.
  • ⁠⁠Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindahmilik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak sahaja.
  • ⁠Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi Wilayah.

2. Adakah Rumawip dan Residensi Wilayah Keluarga Malaysia sama?

Sebenarnya sama, ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana yang lahir, menetap dan bekerja di Wilayah Peresekutuan. Residensi Wilayah keluarga ialah nama baru bagi Rumawip. Pemohon akan disahkan melalui IC (kad pengenalan) atau bil elektrik (wajib) dan juga bil air/bil intenet terkini yang mana alamat mesti dipaparkan di Wilayah Persekutuan.

3. Apakah ciri-ciri Rumawip/ Residensi Wilayah Keluarga Malaysia?

  • ⁠⁠Rumawip adalah program rumah mampu milik yang tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja. Peningkatan dari segi saiz dan kualiti kemasan yang lebih baik.
  • ⁠Rumawip akan menawarkan tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik, dapur, ruang tamu, ruang makan dan halaman serta dalam bentuk rumah berstrata.

4. Jika pemohon dah memiliki rumah di negara lain, adakah pemohon masih layak untuk memiliki Rumawip?

Masih boleh sekiranya dengan syarat tiada harta/kediaman di Wilayah Persekutuan dan tertakluk kepada terma dan syarat yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

5. Apakah maksud pendapatan isi rumah semasa membuat permohonan?

Pendapatan isi rumah ikut pendapatan kasar (termasuk gaji, komisen dan elan lain) untuk isi rumah (suami dan isteri sahaja).

6. Berapa banyak projek yang boleh dipohon oleh pemohon?

Pemohon hanya dibenarkan memohon satu projek sahaja.

BORANG PENDAFTARAN
Mohon Sekarang
Sila isi butiran anda di bawah dan perunding hartanah kami akan hubungi anda dengan segera.