Skim Rumah Pertamaku 2024
Setiap orang mempunyai impain untuk memiliki kediaman sendiri.Skim Rumah Pertamaku ( My First Home Scheme) salah satu skim yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 2011, motif utama skim ni sebenarnya untuk menyokong rakyat generasi muda supaya mereka dapat ambil pembiayaan yang sepatutnya bila nak beli rumah ,sebaliknya pada rumah sewa berulang.Kalau anda pembeli rumah pertama yang memerlukan pertolongan dalam merealisasikan impian rumah idaman anda, tak payah risau-risau dan jangan fikir lama-lama. .Blog ini akan sentiasa dikemas kini dengan informasti baharu, dan anda juga boleh memberi pandangan ataupun soalan yang anda mahu kami untuk diletakkan dalam blog ini melalui emel atau telefon kami.
Dengan Skim Rumah Pertamaku, pemohon yang layak boleh ambil pembiayaan pinjaman sampai 110% daripada harga hartanah, maknanya orang yang nak beli rumah tu dah tak payah serabut fikir pasal duit deposit yang tinggi melambung tu.Seperti biasa, nak mohon untuk mana-mana skim pun kena buat semakan dulu apa kriteria yang diperlukan. Tak boleh suka-suka je mohon, lepas itu bila tak dapat, kecewa terus.untuk layak memohon Skim Rumah Pertamaku, anda haruslah tepati syarat kelayakan dan kedudukan kewangan ini:
Syarat-syarat untuk Skim Rumah Pertamaku / My First Home Scheme
-
- 1. Pembelian Rumah Pertama:: Pembeli tidak pernah ada rumah nama sendiri.
- 2. Pendapatan Rumah Pertama:: Gaji maksimum untuk layak adalah RM5000,sebulan untuk individu atau RM10,000 sebulan untuk pasangan suami isteri.
- 3. Jenis Rumah: Skim rumah yang harga bawah RM500,000 sahahja.
- 4. Tempoh Pembiayaan: Maksimum tempoh pinjaman 35 tahun atau pemohon tak lebih 70tahun pada tarikh akhir pembiayaan
- 5. Moraturium Jual Rumah: 5 tahun daripada masa sign Sale & purchase Agreement (SPA)
- 5. Insurans Wajib ada insurans/takaful perlindungan kebakaran
Cara-cara untuk mendapatkan loan approval
-
- 1. Pendapatan Stabil: kerja tetap dan pendapatan yang konsisten sekurang 6 bulan dengan caruman EPF (Employees Provident Fund).
- 2. Rekod Kewangan: Semua Bank akan merujuk kepada rekod kewangan pemohon , termasuk rekod CCRIS dan CTOS.Jika ada hutang tertunggak atau selalu lambat bayar bil,peluang untuk mendapat loan agak tipis,manakala untuk generasi muda yang baru kerja tak sampai setahun,biasa bank akan minta loan gabungan dengan pasangan atau ahli keluarga yang terdekat.
- 3. Duit Simpanan: Pasti korang ada duit simpanan untuk backup, biasa projek baru akan siap dalam masa 48 bulan , jadi korang boleh simpan backup untuk ubahsuai atau bayaran deposit TNB dan lain-lain.
Hartanah yang sesuai untuk Skim Rumah Pertamaku 2024
Untuk pembeli yang tinggal atau berkerja di area Klang Valley, boleh merujuk Projek kerajaan seperti Rumah Selangorku atau Rumawip,harga hartanah yang di bawah Rm300,000,semakin banyak perlancaran Projek Kerajaan yang baru (Rumah Mampu MIlik) untuk pilihan , ambil masa buat survey dan pilih kediaman yang betul.
Kesimpulan
Skim rumah Pertamaku memang peluang yang tak patut dilepaskan untuk pembeli rumah pertama,memang sesuai untuk generasi muda yang ingin memulakan hidup sendiri atau keluarga.Untuk pembeli yang tinggal atau berkerja di area Klang Valley,Ingat, jangan lupa jaga rekod kewangan, simpan sikit duit untuk kos tambahan, dan buat research pasal area rumah dan kemudahan yang ada.. Kalau follow tips ni, anda boleh merujuk kepada laman Rumah Mampu Milik untuk dapatkan pilihan projek info yang terkini !